Search
Back to all

DI SEBALIK SEBIJI TELUR AYAM

DI SEBALIK SEBIJI TELUR AYAM

 

By Dietitian Fatin

 

Telur ayam merupakan salah satu sumber protein yang penting untuk badan manusia selain isi ayam, daging, ikan dan kekacang. Telur ayam Gred A (50.3g) memberi nilai tenaga sebanyak 73.9g, protein sebanyak 6.24g dan kalsium sebanyak 24.1mg sebiji berdasarkan USDA Food Database. Jangan dilupa juga kuning telur ayam memberikan nilai kolesterol sebanyak 207mg sebiji. Telur ayam sangat unik kerana ia boleh dijadikan sebagai perasa, warna, penebal, pelikat, pelekat dan salutan. Namun, disebalik sebiji telur ayam, lapisan telur digunakan secara komersial untuk membantu masalah sendi dan tulang serta mengelakkan penuaan awal usia. Kulit telur ayam juga sangat berguna dalam mencegah masalah ketumpatan tulang.

Walaupun telur yang dijual di pasaran telah di nyah kuman, namun begitu, untuk mengelakkan pencemaran bakteria Salmonella, telur ayam hendaklah disimpan di dalam peti sejuk bersuhu 2-4°C jika tidak digunakan atau menggunakan beberapa cara masakan. Kita boleh menggunakan kaedah hard-cook (63°C–15 minit), soft-cook (63°C–5 minit), over-easy (82.5°C– 5 minit) and poaching (64.3°C–5 minit). Selain itu, anda juga boleh menggunakan agen peluntur domestik seperti 10 titik sodium hypochlorite per liter air untuk merendamkan telur selepas kulit telur ayam dicuci dengan air dan disental untuk mengelakkan pencemaran bakteria Salmonella. 

Kulit telur ayam mengandungi nilai kalsium dalam bentuk kalsium karbonat sebanyak 380 mg ke 400 mg per gram dan penyerapan ke dalam badan manusia lebih tinggi. Kalsium merupakan mineral penting yang terdapat dalam produk tenusu lain seperti keju dan susu. Kulit telur ayam juga mengandungi strontium dan fluorine yang menyumbang kepada kesan positif ke atas metabolisma tulang dan gigi. Oleh sebab itu, beberapa saintis atau penyelidik menjalankan kajian ke atas kelebihan mineral kulit telur ayam dalam mencegah atau merawat masalah osteoporosis.

Kulit telur ayam boleh didapati dalam bentuk serbuk atau diletakkan dalam kapsul untuk memudahkan pengambilan. Serbuk kulit telur ayam boleh ditambah dalam hidangan seperti roti, pizza, spageti atau hidangan berkuah di mana perubahan tekstur kurang tanpa merubah rasa makanan. Kulit telur ayam dibuang dengan jumlah yang tinggi iaitu 45,000 ton per tahun. Semakin banyak pengambilan telur dalam diet seharian semakin tinggi jumlah kulit telur ayam dibuang setiap tahun. Oleh itu, kita boleh memproses kulit telur ayam di rumah dengan menggunakan dry mixer/blender dan tapisan atau mendapatkan di pasaran. 

Kesimpulannya, sebiji telur ayam sebenarnya membekalkan pelbagai manfaat kepada manusia bukan sahaja memberikan nilai protein bahkan dapat membantu masalah sendi, tulang dan mengelakkan penuaan awal usia.

 

RUJUKAN:

Blasco, J., Aguirre, A., Gil-Quintana, E., & Fenaux, M. (2016). The effect of daily administration of 300 mg of Ovomet® for treatment of arthritis in elderly patients. Int. J. Clin. Rheumatol, 11(5), 077-081.

Brown, A. (2011). Understanding Food Principles and Preparation. 4th Edition. International Edition. Wadsworth: Cengage Learning.

Brun, L. R., Lupo, M., Delorenzi, D. A., Di Loreto, V. E., & Rigalli, A. (2013). Chicken eggshell as suitable calcium source at home. International journal of food sciences and nutrition, 64(6), 740-743.

FoodData Central (usda.gov). Capaian di https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/748967/nutrients

Rovenský J, Stancíková M, Masaryk P, Svík K, Istok R. (2003). Eggshell calcium in the prevention and treatment of osteoporosis. International Journal of Clinical Pharmacology Research, 23(2-3): 83-92. 

Comments
Write a comment Close