By Dietitian Nazira
Madu adalah satu sumber makanan yang mempunyai khasiat yang sangat luas serta sangat istimewa. Dari sudut pandangan Islam, madu merupakan salah satu makanan syurga yang ada diceritakan tentangnya melalui ayat Al-Quran dan hadis. Dijelaskan bahawa di syurga kelak, akan terdapat satu sungai dimana air yang mengalir adalah madu dan sesiapan ahli syurga akan dibenarkan untuk menikmati air sungai itu.
Kebaikan dan khasiat madu bukan sahaja telah dibuktikan dari segi kajian saintifik, malahan Allah telah meletakkan madu sebagai sesuatu yang penting sehingga ada satu surah yang membicarakan tentang khasiat madu iaitu surah Al Nahl (lebah). Pada ayat ke 69, Allah berfirman:
ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ فَٱسْلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٌ لِّلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan”
Terdapat juga beberapa hadis yang mengesyorkan pengambilan madu dan memperlihatkan bahawa Rasulullah turut mengamalkan madu sebagai makanan harian.
Dari segi perubatan moden pula, Ibnu Sina (Avicenna) yang terkenal sebagai Bapa Kedoktoran mengakui akan kehebatan dan keistimewaan madu sebagai menyembuh untuk penyakit. Pelbagai kajian telah dijalankan bagi membuktikan bahawa pengambilan madu amat baik untuk kesihatan dan kenyataan bahawa madu sebagai penawar bukanlan mitos semata-mata. Walau bagaimapun, ambillah madu secara besederhana sebagaimana penganjuran Islam untuk besederhana dalam segala hal kerana pengambilan yang berlebihan boleh memudaratkan.