Search
Back to all

Norma Baharu COVID19

Norma Baharu COVID19

 

Penulis: Nazira, Pakar Diet

COVID19 adalah satu penyakit yang disebabkan virus yang dipanggil SARS-CoV-2. Virus yang dikenalpasti dari Wuhan, China sehingga kini telah meragut jutaan nyawa seluruh dunia. Antara gejala-gejala yang dialami seseorang yang dijangkiti virus ini termasuklah demam, batuk, sesak nafas, hilang deria bau dan rasa, keletihan yang terlampau dan banyak lagi. Penularan wabak COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada kelangsungan hidup, keselamatan dan kesihatan di dalam komuniti. Bagi membendung wabak ini dari terus merebak, pelbagai garis panduan yang telah dikeluarkan. Oleh kerana virus ini terus bermutasi dan kita masih belum temui ubat yang khusus untuk merawat penyakit ini, kita hendaklah beradaptasi dengan norma-norma baharu untuk memastikan diri kita sentiasa selamat dan terlindung dari wabak ini.

 

Jaga penjarakan fizikal.

Penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter amat perlu. Jika dahulu bersembang rapat dan sering melawat ke tempat sesak adalah perkara biasa yang dilakukan oleh orang ramai. Namun begitu aktiviti ini perlu dikurangkan kerana boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan.

 

Pemakaian pelitup muka

Pemakaian pelitup muka sangat perlu kerana virus ini merebak melalui titisan air yang dikeluarkan ketika kita bercakap, bersin atau batuk. Memakai pelitup muka terutama ketika berhadapan dengan orang lain dapat membantu mengurangkan penyebaran virus Covid19.

 

Lakukan ujian kendiri

Sentiasa lakukan ujian kendiri melalui alat ujian kendiri Covid19 yang boleh didapati di farmasi. Pastikan lakukan dengan kerap terutama sebelum dan selepas menyertai sebarang aktiviti yang melibatkan orang ramai berkumpul seperti majlis perkahwinan.

Comments
Write a comment Close
http://slkjfdf.net/ - Yotife <a href="http://slkjfdf.net/">Ujimohek</a> kyo.uvyk.nutriva2u.com.inm.ir http://slkjfdf.net/
Hi nutriva2u.com Administrator, exact same here: <a href="http://695example695.com" rel="nofollow">Link Text</a>