Search
Back to all

PEMBAZIRAN MAKANAN DAN PRODUK MAKANAN TAMBAHAN? AYUH SELESAIKAN!

PEMBAZIRAN MAKANAN DAN PRODUK MAKANAN TAMBAHAN? AYUH SELESAIKAN!

 

By Dietitian Fatin

Hampir 25% pengambilan makanan atau produk berasaskan makanan tambahan oleh populasi di dunia dibazirkan ketika banyak peringkat rantaian pembekalan makanan. Kebanyakan negara terutama negara maju mendominasi pembaziran makanan di peringkat isi rumah. Banyak kajian yang dilaksanakan untuk mengetahui anggaran jumlah pembaziran makanan dalam kalangan isi rumah, kaedah penyediaan makanan, kaedah pemeliharaan makanan atau kaedah penyimpanan. 

Faktor Pembaziran Makanan

  1. Kurang motivasi yang mencukupi
  2. Kurang pengetahuan dan perancangan
  3. Tinggal berseorangan namun makanan berlebihan
  4. Makanan atau produk makanan tambahan yang bertulis tarikh luput ‘Best Before’ 
  5. Isipadu makanan yang lebih banyak dalam sesuatu pakej lebih sukar dihabiskan

Alasan biasa pembaziran makanan di dalam peti sejuk

  1. Terlupa bahawa makanan yang ada masih belum dimakan
  2. Tiada masa untuk makan
  3. Terlalu banyak jumlah makanan yang disediakan
  4. Makanan tersebut sudah tidak boleh dimakan
  5. Tarikh luput yang sudah berakhir

Makanan yang selalu dibuang

  1. Sayur-sayuran
  2. Produk tenusu
  3. Roti

Kaedah pengurangan pembaziran makanan atau produk makanan tambahan

  1. Amalan penyimpanan sistematik di dalam peti ais atau sejuk beku
  2. Makanan yang dimasak atau dibeli dibekukan
  3. Melabel tarikh luput dengan jelas atau mempraktikkan FIFO (Fist In First Out)
  4. Meletakkan makanan atau produk makanan tambahan yang dibeli di tempat yang mudah dilihat
  5. Sentiasa membaca maklumat pemakanan sesuatu produk makanan atau makanan tambahan sebelum membuat pembelian
  6. Membuat senarai makanan yang diperlukan dan sentiasa mengingatkan diri jika sesuatu produk makanan tambahan diperlukan

Antara kelebihan dan keburukan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk atau dibekukan:

Kelebihan

Keburukan

  1. Memudahkan
  2. Jimat masa
  3. Mengelakkan jangkitan bakteria atau kulat
  4. Tahan lama
  5. Pelan menu lebih fleksibel 
  6. Boleh masak dengan jumlah yang banyak
  7. Sesetengah makanan seperti buah akan mengandungi nutrisi yang lebih tinggi
  1. Rasa dan tekstur mungkin sedikit bertukar
  2. Mudah terlupa jika disimpan terlalu lama
  3. Beberapa makanan mungkin akan hilang nutrisi asal
  4. Suhu peti sejuk atau sejuk beku jika salah akan menyebabkan masalah
  5. Memerlukan ruang jika jumlah makanan yang dimasak dahulu banyak

 

Kesimpulannya, makanan yang dibekukan sama ada selepas masak atau mentah, jika disimpan di dalam peti sejuk atau sejuk beku dapat mengurangkan pembaziran kerana makanan tersebut dapat bertahan dengan lebih lama. Begitu juga dengan apa-apa produk makanan tambahan, seseorang itu perlu meneliti cara penyimpanan yang membabitkan suhu yang betul dan melihat tarikh luput. 

 

RUJUKAN

Andreas (2022). 24 Major Pros & Cons Of Frozen Foods Vs. Fresh Foods. Retrieved from https://environmental-conscience.com/fresh-foods-vs-frozen-foods-pros-cons/

U.S. Food & Drug Administration (2022). Nutrition Education Resources & Materials. Retrieved from https://www.fda.gov/food/food-labeling-nutrition/nutrition-education-resources-materials

Janssen, A. M., Nijenhuis-de Vries, M. A., Boer, E. P., & Kremer, S. (2017). Fresh, frozen, or ambient food equivalents and their impact on food waste generation in Dutch households. Waste management67, 298-307.

Comments
Write a comment Close