Search
Back to all

Peranan Perubatan Tradisional Cina dalam Penambahbaikan Kesihatan

Peranan Perubatan Tradisional Cina dalam Penambahbaikan Kesihatan

Penulis : Beatrice, Pakar Pemakanan

 

Punca penyakit dari perspektif TCM

Perubatan Tradisional Cina (TCM) memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan dan peningkatan daya tahan badan terhadap penyakit. Faktor-faktor luaran penyakit dari segi perubatan tradisional Cina terdiri daripada enam pengaruh berbahaya iaitu angin, sejuk, api, kering, lembap dan panas. Perubahan iklim dapat mencetuskan gejala seperti batuk, demam, sakit kepala dan kesejukan. Punca-punca dalaman seperti ketidakseimbangan tenaga badan dan aktiviti Qi (tenaga hayat) yang tidak normal dalam paru-paru atau sistem organ lain yang berkaitan, seperti limpa, hati dan perut) boleh menyebabkan batuk berterusan.

 

Penggunaan Ubatan Herba Tradisional Untuk Merawat Penyakit Berjangkit

Bunga Lonicera japonica (Jīnyínhuā)telah digunakan sebagai ubat tempatan dan tradisional dalam praktik klinikal untuk merawat ‘panas angin’ eksopatogenik, penyakit demam wabak, luka, karbunkel, furunkel dan beberapa jenis penyakit berjangkit. Ia mampu menyembuhkan demam dan bengkak badan. Oleh itu, ‘Ming Yi Bie Lu’ dan ‘Shen Nong Ben Cao Jin’ telah menyenaraikannya sebagai ‘kelas teratas’. Dalam praktik klinikal Cina, ubat-ubatan tradisional yang menguatkan badan dan menghilangkan kesan ‘kejahatan’ biasanya digunakan untuk merawat pelbagai penyakit berjangkit. Ia juga mempunyai sifat anti-radang dan antibakteria.

Forsythia suspensa (Liánqiáo) memberi banyak manfaat kepada kesihatan dan digunakan secara meluas untuk menghilangkan panas, membuang toksin, mengurangkan bengkak dan menyingkir ‘panas angin’  dalam praktik klinikal. Dalam penyelidikan moden, 230 sebatian telah diasingkan dan dikenal pasti daripada F. suspensa. Lignan dan glikosida fenitletoid dianggap sebagai sifat dan bahan aktif herba ini.  Mereka menunjukkan kesan anti-radang, antioksidan, antibakteria dan anti-alergi.

Akar Dryopteris crassirhizoma (Miánmǎ guànzhòng) digunakan secara tradisional untuk menyingkir panas dan toksin, mengusir cacing usus dan menghentikan pendarahan. Kajian menunjukkan bahawa ia mengandungi dryocrassin ABBA, salah satu floroglucinol yang mempunyai aktiviti anti-influenza.

Akar manis atau likuoris (Gāncǎo) merupakan salah satu ubat tradisional yang paling popular dan biasa digunakan dalam perubatan Cina. Ia mampu menambah qi (tenaga hayat), menguatkan limpa, mengeluarkan panas dan toksin, menghilangkan kahak, menghentikan batuk, melegakan kekejangan dan kesakitan dan mendamaikan kesan pelbagai ubat-ubatan.

Isatis indigotica (Bǎnlángēn) digunakan secara meluas untuk merawat selsema biasa, influenza dan jangkitan hidung, tekak dan sinus. Herba ini biasanya digunakan untuk menyingkir panas dan toksin, menyejukkan darah dan mengurangkan bengkak.

Rhodiola crenulata (Hóngjǐngtiān) telah digunakan sebagai tonik tradisional sejak melebihi 1000 tahun dulu untuk mengurangkan keletihan dan menlindungi badan daripada kesejukan ketika musim dingin di kawasan pergunungan. Menurut ilmu TCM, Rhodiola crenulata boleh menambah qi (tenaga hayat), membersihkan sistem peparu, meningkatkan kesihatan mental, menghentikan pendarahan serta menghilangkan bengkak dan lebam.

Mosla Chinensis (Xiāngrú) sering digunakan untuk mendorong berpeluh, mengurangkan kelembapan, meningkatkan proses pengeluaran urin dan mengurangkan bengkak. Ketika musim panas, ia dapat membantu meringankan gejala seperti demam menggigil, tidak berpeluh, sakit kepala dan badan.

Aster Tataricus (Zǐyuàn) telah digunakan sekurang-kurangnya dua ribu tahun yang lalu untuk melembapkan paru-paru, mengurangkan kahak dan melegakan batuk.

 

Rujukan:

  1. Wang Z, Xia Q, Liu X, Liu W, Huang W, Mei X, Luo J, Shan M, Lin R, Zou D, Ma Z. Phytochemistry, pharmacology, quality control and future research of Forsythia suspensa (Thunb.) Vahl: A review. J Ethnopharmacol. 2018 Jan 10;210:318-339. doi: 10.1016/j.jep.2017.08.040. Epub 2017 Sep 5. PMID: 28887216.
  2. Shang X, Pan H, Li M, Miao X, Ding H. Lonicera japonica Thunb.: ethnopharmacology, phytochemistry and pharmacology of an important traditional Chinese medicine. J Ethnopharmacol. 2011 Oct 31;138(1):1-21. doi: 10.1016/j.jep.2011.08.016. Epub 2011 Aug 16. PMID: 21864666; PMCID: PMC7127058.
  3. Jin YH, Jeon S, Lee J, Kim S, Jang MS, Park CM, Song JH, Kim HR, Kwon S. Anticoronaviral Activity of the Natural Phloroglucinols, Dryocrassin ABBA and Filixic Acid ABA from the Rhizome of Dryopteris crassirhizomaby Targeting the Main Protease of SARS-CoV-2. Pharmaceutics. 2022 Feb 8;14(2):376. doi: 10.3390/pharmaceutics14020376. PMID: 35214108; PMCID: PMC8879496.
  4. Chen Q, Lan HY, Peng W, Rahman K, Liu QC, Luan X, Zhang H. Isatis indigotica: a review of phytochemistry, pharmacological activities and clinical applications. J Pharm Pharmacol. 2021 Aug 12;73(9):1137-1150. doi: 10.1093/jpp/rgab014. PMID: 33779758; PMCID: PMC8249990.
  5. Wang L, Yang R, Yuan B, Liu Y, Liu C. The antiviral and antimicrobial activities of licorice, a widely-used Chinese herb. Acta Pharm Sin B. 2015 Jul;5(4):310-5. doi: 10.1016/j.apsb.2015.05.005. Epub 2015 Jun 17. PMID: 26579460; PMCID: PMC4629407.

 

 

 

Comments
Write a comment Close