Search
Back to all

Zaitun pada kaca mata Islam

Zaitun pada kaca mata Islam

Penulis: Nazira, Pakar Diet

 

Zaitun adalah antara makanan yang amat istimewa. Namanya ada disebut sebanyak 7 kali di dalam Al-Quran dan juga beberapa hadis membuatnya sering dikaitkan sebagai makanan sunnah. Al-Quran dan hadis adalah merupakan panduan utama bagi orang Muslim. Oleh yang demikian, sekiranya sesuatu perkara itu ada disebut di dalam Al-Quran dan Hadis, itu menunjukkan perkara tersebut amat dititik beratkan dan mempunyai kelebihan yang tersendiri.

 

Dalam surah Tiin ayat satu Allah berfirman;

 

وَالتِّيۡنِ وَالزَّيۡتُوۡنِۙ‏

“Demi buah Tin dan buah Zaitun

 

Dalam ayat ini. Allah telah menggunakan perkataan ‘demi’ yang membawa maksud sumpah di atas nama buah Zaitun. Para ulama telah bersepakat sumpah yang difirmankan oleh Allah di atas sesuatu makhluk ciptaannya membuktikan makhluk tersebut mempunyai kelebihan dan kekuatannya yang istimewa.

 

 

Dalam surah Nahl ayat 11 Allah berfirman;

 

يُنۢبِتُ لَكُم بِهِ ٱلزَّرْعَ وَٱلزَّيْتُونَ وَٱلنَّخِيلَ وَٱلْأَعْنَـٰبَ وَمِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ ۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةًۭ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ

 

 

“Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.”

 

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah telah menciptakan pelbagai tanaman yang memberi manfaat kepada kita di mana antaranya adalah zaitun, dan kita sebagai makhluk yang dikurniakan akal fikiran mestilah sentiasa mempercayai dan beriman dengan kekuasaan Allah dan mengkaji dengan lebih lanjut khasiat dan manfaat tanaman tersebut.

 

 

Zaitun sebagai makanan juga diamalkan berdasarkan hadis yang diriwayatkan Tarmizi

 

كُلوا الزَّيتَ وادَّهِنوا بِهِ فإنَّهُ من شجَرةٍ مبارَكَةٍ

 

Makanlah buah zaitun dan berminyaklah dengannya kerana ia adalah pohon yang diberkati.” 

 

Hadis ini memberitahu bahawa Nabi Muhammad juga menyuruh kita untuk mengamalkan zaitun sebagai makanan kerana ia adalah antara pohon yang diberkati dan sekaligus menjadikannya sebagai makanan sunnah.

 

 

 

Comments
Write a comment Close
Hello,

Revolutionize your online marketing with The Click Engine! Experience the power of automated, buyer-focused traffic to boost your links. Our unique platform, created by marketing expert Jeff Ayman, simplifies your path to online success.

Join now to tap into a consistent stream of real buyers, without the hefty costs of traditional advertising. With The Click Engine, every click is a potential sale. Plus, enjoy an unbeatable introductory price!

Don't miss out on this chance to elevate your online presence. Click here to join The Click Engine and start your journey to online prosperity today!

>>> https://bit.ly/3Ohx5GM to learn more ...