Mata merupakan anggota badan yang kompleks digunakan sebagai deria penglihatan. Secara normalnya, fungsi penglihatan akan semakin berkurang seiring dengan peningkatan usia. Namun begitu, terdapat faktor lain yang menjadikan penglihatan kita merosot dengan lebih cepat seperti pendedahan terhadap pancaran cahaya matahari. Hal ini demikian kerana sinaran UV mampu merosakkan retina kita. Penggunaan gajet yang berlebihan juga antara punca kemerosotan fungsi mata yang menjadikan mata kita lebih cepat kering dan letih.